KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN GE1155
  • BIODATA
  • REFLEKSI DIRI
  • TUGASAN
AKTIVITI MINGGU 3

Salam sejahtera,

Disebabkan kami tidak ada kelas pada minggu kedua, kami memulakan kelas pada minggu ketiga. Kami menggunakkan makmal computer 2 sebagai tempat untuk kami belajar tentang computer dalam pendidikan. Kami memulakan kelas dengan membuat satu akaun Gmail bagi mereka yang belum membuat akaun Gmail dengan menggunakan nama sendiri. Disebabkan saya sudah mempunyai akaun Gmail yang menggunakan nama sendiri saya tidak perlu membuat akaun Gmail yang baru. Cik Mazalah kemudiannya meminta kami untuk ke ruangan settings pada akaun Gmail kami untuk membuat signature bagi akaun Gmail kami masing-masing. Kami diminta untuk menulis nama, program, no matrik dan sesi kami memulakan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu sesi 2014/2015. Kami kemudiannya diminta untuk menghantar satu emel kepada Cik Mazalah mengenai pengalaman pertama kami menggunakan computer dan harapan kami sepanjang mengikuti program GE1155 ini. Setelah setiap pelajar menghantar emel tersebut, Cik Mazalah mengajar kami untuk menggunakan Google Drive sebagai tempat penyimpanan fail maya.

        Google Drive ini berfungsi hamper sama dengan pendrive tetapi Google Drive lebih mudah digunakan dan diakses dengan syarat mempunyai capaian internet. Kami diminta untuk membuat satu folder di dalam Google Drive tersebut yang diberi nama Tugasan 1. Kami kemudiannya menggunakan Google Search untuk mencari maklumat berkaitan computer dan memuat turun ke dalam computer dan seterusnya memuat naik ke dalam fail tugasan 1 pada Google Drive. Setelah selesai, kami diajar untuk menggunakan Dropbox pula. Dropbox mempunyai fungsi yang sama dengan Google Drive iaitu sebagai tempat penyimpanan fail maya yang boleh diakses bila-bila masa sahaja. Kami kemudiannya diminta untuk membuat satu fail di dalam Dropbox yang dinamakan tugasan 1 dan kami memuat naik fail sama yang kami cari menggunakan Google Search tadi. Seterusnya, Cik Mazalah memanggil kami satu perstau untuk dibrikan username dan kata laluan bagi akaun Weebly kami. Kami membuka akaun Weebly dan diminta untuk menukar kata laluan kepada yang baru kerana kata laluan setiap pelajar adalah sama dan bagi mengelakkan akaun kami digodam dan diceroboh oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kami kemudiannya diminta untuk membuat 1 blog dan di dalam blog tersebut haruslah mempunyai tiga pages yang diberi nama biodata. Refleksi dan tugasan. Dalam ruangan biodata, kami diminta memberikan serba sedikit maklumat tentang diri kami dan dalam ruangan tugasan refleksi kami diminta untuk menulis tentang aktiviti kami pada minggu ini manakala dalam ruangan tugasan pula kami diminta untuk mencari maklumat berkaitan computer sebagai alat, guru dan pelajar.

Sekian aktiviti minggu ketiga




AKTIVITI MINGGU 4


   

Salam sejahtera,

Pada minggu keempat kami diajar untuk membuat google documents di akaun emel google kami. Kami kemudiannya disuruh oleh Cik Mazalah untuk mencari maklumat tentang CMS dan LMS. Saya lansung tidak mengetahui apakah LMS dan CMS ini, namun setelah mencari maklumat saya akhirnya mengetahui apakah LMS dan CMS. Sistem Pengurusan Pembelajaran  atau  lebih dikenali sebagai “Learning Managment System(LMS)”,  merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran,dokumentasi dan laporan program latihan,kelas serta aktiviti dalam talian,program e-pembelajaran dan kadar latihan. LMS merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan MAMPU. MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software(OSS). LMS boleh dibahagikan kepada dua kategori,iaitu ‘proprietary’  dan ‘open source’. Contoh LMS ‘proprietary’ yang biasa digunakan ialah ‘Blackboard’ manakala contoh bagi LMS ‘open source’ pula ialah ‘Moodle’. Ia digunakan secara meluas kerana ia adalah percuma dan boleh di ubah suai. LMS di SPIN, merupakan sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran interaktif yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah di UKM. Penyampaian maklumat kepada pelajar adalah secara maya kerana pelajar hanya perlu menekan atau mengklik link pada skrin computer dan tidak memerlukan kos yang banyak.


            Sistem pengurusan kandungan (Bahasa Inggeris: content management system (CMS)) ialah sebuah perisian komputer yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses pengurusan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. Sebuah sistem pengurusan kandungan laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web.

Sistem pengurusan kandungan web biasanya digunakan sebagai tempat menyimpan, mengawal, dan menerbitkan dokumen-dokumen seperti artikel-artikel berita, manual pengguna, manual teknikal, panduan jualan, dan risalah-risalah penjualan

            Saya juga mengetahui bagaimana untuk menggunakan CMS dan LMS, aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan dengan menggunakan perisian LMS dan CMS. Saya sangat mengharapkan agar dapat belajar tentang computer dengan lebih banyak lagi pada minggu yang akan datang.


Sekian aktiviti minggu keempat.



AKTIVITI MINGGU KE 5

Salam sejahtera,

Pada minggu kelima ini, kami telah diminta oleh Cik Mazalah untuk memilih soalan daripada tajuk yang diberikan dan kami diminta untuk memuatnaik soalan tersebut di laman forum GE1155 dan setiap ahli kumpulan yang ditetapkan sebelum ini dikhendaki memberi respon dan saya sendiri telah memberi respon kepada soalan setiap ahli kumpulan saya. Tajuk bagi kumpulan kami adalah pembelajaran tentang teknologi maklumat dan komunikasi.

Sekian aktiviti minggu kelima.


AKTIVITI MINGGU KE 6

Salam sejahtera,

Pada minggu keenam ini, kami telah diminta untuk mencari maklumat tentang prinsip CASPER dan kami dikhendaki untuk membuat pembentangan bagi tajuk kumpulan kami iaitu pembelajaran tentang teknologi maklumat dan komunikasi. Kami dikhendaki mengaplikasikan prinsip CASPER dalam pembentangan kumpulan kami nanti yang akan berlangsung sekurang-kurangnya 20 minit bagi setiap kumpulan.

Sekian aktiviti minggu keenam.


AKTIVITI MINGGU 7

Salam sejahtera,

Pada minggu ketujuh ini, kami diterangkan oleh Cik Mazalah tentang apakah itu penyelidikan pendidikan. Setelah selesai, Cik Mazalah memberitahu bahawa kami akan membuat satu tugasan baru iaitu membuat kertas cadangan berdasarkan tajuk yang akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada 3 orang setiap kumpulan. Setelah selesai setiap kumpulan diberikan tajuk kami beralih kepada pembentangan 2 kumpulan pula. Kumpulan pertama membentangkan tajuk CASPER dan diberikan peluang untuk bertanyakan soalan kepada audiens iaitu kami yang berada dalam kelas bagi memastikan kami memahami tajuk yang telah dibentangkan. Kumpulan kedua pula membentangkan tajuk CMS dan LMS. Melalui pembentangan mereka, saya dapat memahami lagi apakah CASPER dan apakah CMS dan LMS. 

Sekian aktiviti minggu ketujuh.



AKTIVITI MINGGU 8

Salam sejahtera,

Pada minggu ke -8, tutorial dimulakan dengan pembentangan. Dua buah kumpulan telah membuat pembentangan masing-masing. Kumpulan pertama membentangkan tajuk “Kemahiran Abad ke-21”. Manakala, kumpulan berikutnya merupakan kumpulan saya sendiri yang bertajuk “Pembelajaran Tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)”.

Seperti biasa, kumpulan yang membuat pembentangan akan membuat sesi soal jawab di akhir pembentangan. Setiap kumpulan menyediakan 3 soalan objektif. Penilaian turut dibuat oleh kumpulan yang terpilih untuk menilai setiap pembentangan kumpulan. Cik Mazalah turut memberi komen dan pandangan sekiranya terdapat apa-apa yang perlu diperbaiki sepanjang melakukan pembentangan.

Selepas itu, Cik Mazalah menyemak cadangan penyelidikan bagi setiap kumpulan dan memberi komen sekiranya ada yang perlu diperbaiki seperti tujuan kajian, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian dan sampel kajian. Seterusnya, Cik Mazalah mengarahkan kami untuk meneruskan kajian tersebut  dengan menyediakan instrumen kajian sebagai proses penyelidikan.

Akhir sekali, Cik Mazalah mengingatkan agar instrumen kajian dapat disiapkan secepat mungkin bagi memudahkan proses seterusnya.

Sekian aktiviti minggu kelapan.


AKTIVITI MINGGU 9

Salam sejahtera,

Pada minggu ke-9, tutorial dimulakan dengan pembentangan daripada dua buah kumpulan. Tajuk yang dibentangkan oleh dua buah kumpulan tersebut ialah “Kemahiran Berfikir dalam ICT” dan “Keselamatan komputer dan internet”. 

Selepas itu, kumpulan yang membuat pembentangan akan membuat sesi soal jawab di akhir pembentangan. Setiap kumpulan menyediakan 3 soalan objektif. Penilaian turut dibuat oleh kumpulan yang terpilih untuk menilai setiap pembentangan kumpulan. Cik Mazalah turut memberi komen dan pandangan sekiranya terdapat apa-apa yang perlu diperbaiki sepanjang melakukan pembentangan.

Kelas tutorial diteruskan dengan menyemak borang soal selidik sebelum diedarkan kepada responden menggunakan “Google Form”. Cik Mazalah akan memberi komen sekiranya ada penambahbaikan yang perlu dibuat. 


Akhir sekali, Cik Mazalah mengingatkan agar instrumen kajian dapat disiapkan secepat mungkin bagi memudahkan proses seterusnya.

Sekian aktiviti minggu kesembilan



AKTIVITI MINGGU 10

Salam sejahtera…

Pada minggu ke-10, kelas tutorial diteruskan lagi dengan pembentangan daripada dua buah kumpulan. Tajuk yang dibentangkan oleh kumpulan Lovenia, Siti Norbayah dan Fadilah ialah bertajuk “Perisian Sumber Terbuka”. Manakala, tajuk pembentangan kumpulan Maliati dan Ezyan ialah “Perisian Asal dan Berlesen”. 

Kedua buah kumpulan juga seperti kumpulan-kumpulan sebelum ini mengadakan sesi soal jawab di akhir pembentangan mereka dengan menyediakan 3 soalan objektif. Penilaian turut dibuat oleh kumpulan yang terpilih untuk menilai setiap pembentangan kumpulan. Cik Mazalah akan memberi komen dan pandangan sekiranya terdapat ada sebarang penambahbaikan.

Selain itu, Cik Mazalah telah menyemak borang soal selidik bagi setiap kumpulan. Borang soal selidik telah dibina menggunakan google form. Borang soal selidik diedarkan di dalam forum weebly “GE1155” bagi memudahkan responden untuk menjawab. Borang soal selidik bagi kumpulan kami mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian  A dan B. Kami menggunakan skala likert dalam borang soal selidik.

Kemudian, Cik Mazalah telah menerangkan berkaitan Tugasan 6. Kami diarahkan untuk membuat 2 brosur dengan menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Publisher berkaitan tajuk pembentangan kumpulan masing-masing. Brosur tersebut hendaklah menggunakan Prinsip Casper yang betul. Setiap ahli kumpulan perlu memilih satu brosur terbaik untuk dimuat naik dalam ruangan diskusi di I-folio.

Kedua brosur tersebut perlu dimuat naik dalam weebly masing-masing.

Akhir sekali, Cik Mazalah mengingatkan agar borang soal selidik dijawab oleh responden bagi memudahkan proses analisis data pada kelas tutorial minggu hadapan.

Sekian aktiviti minggu kesepuluh.

AKTIVITI MINGGU 11



Salam sejahtera,


Pada minggu kesebelas ini, pembentangan diteruskan dengan pembentangan2 buah kumpulan lagi iaitu daripada  Kumpulan 5 dan Kumpulan 10. Kumpulan 5 membentangkan hasil perbincangan mereka tentang E-Learning dan M-Learning. Kumpulan 5 pula membentangkan hasil perbincangan mereka tentang Web 2.0.

Kumpulan pembentang yang pertama iaitu Kumpulan 5 menerima respon yang agak positif daripada Cik Mazalah dan rakan pelajar yang lain. Namun masih ada komen yang negatif iaitu penggunaan gambar yang melebih-lebih pada latar slaid adalah tidak sesuai. Kumpulan pembentang yang kedua pula iaitu Kumpulan 10 juga menerima komen yang kurang memberangsangkan. Secara keseluruhannya, pembentangan-pembentangan yang telah dilakukan dapat difahami dan menepati tajuk yang telah dipilih.

Aktiviti seterusnya yang dijalankan ialah pencerahan tentang cara menganalisis data. Dalam penerangan tersebut, Cik Mazalah telah menjelaskan bagaimana membina sesuatu graf menggunakan Microsoft Excel. Cik Mazalah juga ada menerangkan tentang cara untuk mentafsir sesebuah data yang telah dipersembahkan dalam bentuk grafik.



Sekian aktiviti minggu kesebelas.

AKTIVITI MINGGU 12 



Salam sejahtera, 



Kami memulakan kelas tutorial dengan pembentangan semula daripada kumpulan 5 kerana mereka perlu melakukan pembentangan semula setelah pembentangan pertama yang dilakukan tidak menepati apa yang dimahukan oleh pensyarah kami iaitu Cik Mazalah. Kali ini mereka mendapat komen yang baik daripada Cik Mazalah dan tajuk yang dibentangkan juga boleh difahami oleh saya. 


Seterusnya, kami membuat semakan mengenai cara-cara penganalisis data yang betul dan menunjukkan data yang telah siap dianalisis dan dibuat dalam bentuk graf atau rajah. Seterusnya, Cik Mazalah membetulkan apa-apa yang salah semasa membuat semakan. 



Sekian aktiviti minggu keduabelas.

AKTIVITI MINGGU 13



Salam sejahtera, 


Pada minggu ketigabelas ini, kami memulakan kelas dengan mendaftarkan e-portfolio kami di dalam Google Docs yang disediakan oleh Dr Fariza. Kami perlu memberikan url bagi blog Weebly kami bagi memudahkan Cik Mazalah atau Dr Fariza memeriksa tugasan mingguan yang diberikan oleh kami.


Seterusnya kami diajar membuat jadual markah pelajar menggunakan Microsoft Ekcel. Kami diajar cara-cara untuk menggunakan nilai tambah, min dan sebagainya dalam Microsoft Excel untuk memudahkan penyimpanan data. Seterusnya, kami disuruh membuat graf daripada jadual data yang telah kami buat.


Sekian aktiviti minggu ketigabelas.


AKTIVITI MINGGU KE 14 


Salam sejahtera,


Pada minggu keempatbelas kami memulakan tutorial dengan menjawab soalan borang soal selidik yang diagihkan oleh Cik Mazalah. Setiap pelajar dikhendaki menjawab setiap soalan di dalam borang soal selidik tersebut.


Seterusnya, kami diterangkan tentang tugasan-tugasan yang perlu ada di dalam Weebly, forum dan Google Drive memandangkan minggu ini merupakan minggu terakhir kelas komputer ini. Setiap tugasan perlu dihantar selewat-lewatnya 28 Disember 2014. Kami mempunyai 8 buah tugasan yang perlu disiapkan setiap minggu dan perlu diletakkan di Weebly dan dikongsi kepada Cik Mazalah dalam Google Drive. 


Sekian aktiviti minggu keempatbelas. 



Powered by Create your own unique website with customizable templates.
Photo used under Creative Commons from luisjromero